Assalamualikum n salam sayang buat semua pembaca blog Zee Nadzirah.. Apa khabar semua? Moga kalian sihat,ceria bahagia selalu. Untuk N3 kali ini, Zee Nadzirah nak berkongsi mengenai Dunia Jahitan "Everyone Can Sew".
Pengalaman Zee Nadzirah sebagai tenaga pengajar bermula di sini jeng..jeng..jeng.. Alhamdulilah setahun juga Zee Nadzirah berkhidmat di Pusat Kraftangan Epal.. pelajar zee tidak kira usia dari kanak-kanak berumur 8 tahun hingga 70an belajar menjahit,di Negara Jepun sudah berkembang amalan ini, di Malaysia masih kurang dan menganggap menjahit tidak up to date.. di sini zee ingin menyangkal dakwaan itu..
Selain Zee mengajar di dalam pusat zee juga selalu buat aktiviti luar contohnya pergi wat pameran2, buat bangkel di luar, mengajar peserta pogram My Kasih Petronas, 1 Azam di mana mereka membeli mesin kami iaitu Janome kami berkhidmat mengajar mereka.. Zee berasa gembira dan seronok melihat mereka sudah pandai menjahit dan boleh terima tempahan tanpa bergantung pada orang lain.
Antara dialog zee bersama akak surirumah yang ingin beli mesin jahit dan nak belajar- "kak, walaupun hanya duduk di rumah ,bagi suami kak & anak2 bangga yang ibunya wanita luar biasa zaman ini, wanita yang updated dalam bidang jahitan, Akk pulak, bagi peluang diri akk utk tonjolkan kebolehan dan buat peningkatan diri sendiri.Selain itu, dunia jahitan ini luas akk, ada patchwork, applique, kuilting. Di Epal kami memahami x semua yg dtg pandai jahit. Maka kami ada pelbagai alat permudah cara utk bantu akak jahit dgn mudah. Nanti bila kak dah pandai, aplikasikan pula pd hiasan rumah, pakaian, kereta dll.
Kami akan sedia upaya membantu akak mencugkil bakat dan sama2 serlahkan kreativiti dalam bidang jahitan ini. Juga akk boleh lihat dgn jelas, dgn kemahiran jahitan yang pelbagai, tekniknya pula mudah, mmg akan bantu akk jana pendapatan. Produk2 yg diajar pula bukan pakaian semata2 jadi punca pendapatan akk bukannya bermusim. Biar kita ddk rumah kak.. tapi bukan ddk saja.. apa kata orang kak.. diam-diam ubi berisi...
zee membuat pemantauan di luar pogram My kasih Petronas