Kisah Zee Nadzirah Cara Buat Baju Kurung | Zee Nadzirah


Tuesday, January 21, 2014

Kisah Zee Nadzirah Cara Buat Baju Kurung

Assalamualikum,para pembaca blog,hari ini zee nak kongsi ilmu jahitan iaitu cara-cara menjahit baju kurung.
aktikel ini zee dapat dari internet,kita kongsi dan belajar sama-sama yea..
selamat mencuba..semoga berjaya! cayok!!



BAJU KURUNG
Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E
Senang bukan?
Apa-apanya...
ABadan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang
BTangan - 2 keping, kiri dan kanan
CKekek- 2 keping, kiri dan kanan
DPesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah
ELeher - satu je
CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )
Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,
 UKURAN
BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN
ai, aii Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuranLebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan
aii Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakangLebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah
bi Ukur Panjang TanganLebihkan 1" bawah dan 3/4" atas
biii Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh))Lebihkan 3/4 "
bi Ukur lebar tangan bawah (separuh)Lebihkan 3/4"
cUkur kekek, ini 4 segi samaLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
di Ukur lebar pesak atasLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
dii Ukur lebar pesak bawahLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
ei Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.
biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm
eii Ukur labuh leher baju tubiasanya 4 - 41/2"

CARA MEMOTONG KAIN

AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi
A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali.,
Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.
potong bahagian tangan

Kita ambil Bahagian B untuk Tangan
Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan.
Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) -    8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 .
so, B = 17 1/2 "
Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)
Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut.
POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak
Cara saya mengukur pesak .
OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah
Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak
Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" =  9 "
Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi )
kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di dandii. 
potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.
Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.
POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG
nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak....
tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER

Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.
tadi ukur leher? katakankan 5"Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni,gunting pelan tersebut
Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.
ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.


Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.
okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

CANTUM BADAN
1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas.
2. Ambil satu kekek

Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau

Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.
Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.
Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulak

cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.

DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah....
TERIMA KASIH
salam sayang dari
zee nadzirah

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Followers

Like Page Zee Nadzirah Ye~

Categories

Andainya hatiku bersuara lirik cara guna yanalis harga yanalis yanalis skincare borong yanalis murah pengedar phyto placenta pengedar yanalis yanalis yanalis skin care yanalis untuk apa? zee nadzirah fashion zeenadzirah 1st time giveaway blogger Andai terlampau permintaanku ini Pastinya ia akan berkata ROYAL SLIM murah Seperti insan biasa aku ingin bahagia lirik affiliates percuma andainya hatiku bersuara original artis pakai tabita avail beauty avail pad ayat cinta untuk kekasih hati ayat jiwang pendek ayat sms selamat pagi bb cream yanalis beli coklat daim dari langkawi berapa spf sunblock yanalis borong coklat daim borong tabita borong tuala wanita avail cara guna bb cream yanalis cara guna serum egf cara makan glutaking advance coklat daim murah daftar iklan percuma double stem cell malaysia double stemcell shah alam dropship yanalis skincare fashion show mifa 2010 give away program giveaway contest glutaking glutaking advance glutaking advance bahaya? glutaking advance berkesan? glutaking advance original harga bb cream yanalis harga glutaking harga promosi royal slim harga serum egf harga sunblock ibu putih janna lawwa lulus kkm ibu putih terbaik di pasaran iphyto science kebaikan glutaking kebaikan pad herba avail kelebihan sunblock yanalis kesan sampingan royal slim kesan serum egf kisah zee nadzirah shotting pogram ILHAM LEBARAN (RTM TV2)2010 kisah zeenadzirah designer sebuah butik lagu jiwang lirik lagu apit lirik lagu tak ku sangka tak ku duga lirik mp3 chomel andainya hatiku bersuara luminous bb cream yanalis menjahit tudung mz soap vitamin c murah di pasaran pad avail pad herba pad herba avail pad herba avail testimoni pakej kombo merdeka yanalis pakej kombo yanalis pencuci muka tabita penipuan peniaga power bank di internet phyto double stemcell phyto placenta murah power bank original power bank tiruan rasa lapar bila amalkan royal slim review egf serum rya rahman rya rahman ft chomel salam dunia blogging scam power bank online senarai iklan percuma senarai web iklan serum egf shine stem phyto science sms cinta sms cinta untuk skandal sms jiwang sms ucapan selamat malam stemcell murah stokis phyto placenta stokis yanalis sunblock yanalis tabhita tabita tabita bahaya tabita dropship tabita murah tabita skin care tabita skincare tak ku sangka tak ku duga taktik penipuan jual power bank testimoni double stemcell testimoni fb double stemcell testimoni phyto placenta testimoni tabita triple stemcell triple stemcell tipu tutorial video rya rahman website iklan percuma whitening serum yanalis enterprise yanalis signature yanalis signature skin care yanalis skincare murah yanalis.com zee nadzirah zee nadzirah collections